Friday, 6 January 2012

Daily News for Today !!

Halloo... Agak tak sopan right ?? ok2, Assalamualaikum semua !! Hurmm.. Entri hari ni tak tahu la nak tulis ape .. Kejap . Akal mula hendak mencari ayat >.<'  Start from awal2 pagi tadi la senang cerita . hehe Bangun then siap2 for Exam hari ni iaitu Math ! Excited plus nervous sebenarnya >_< Entah la pagi tadi memang Ain menggeletar satu badan because nak ambik exam kann.. huhu Faham2 saje la .. Tapi thanks God Alhamdulillah Ain dapat jawab dengan baik even masa mula2 nak pegang pen and nak tulis no.matrik pun terketar2 ,tangan jadi berair je semacam sejuk pulak tangan kan.. Memang terbaik la :) Ain pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu sebab sebelum ni tak pernah pulak jadi macam tu ! haha

And masa jawab baby stomach Ain buat hal pulak kann.. Tahan je la nak keluar segan pulak sebab dalam dewan tuu ramai orang yang ambik exam sekali ! Kalau nak tahu , budak degree pun join sekali dengan kiteorang dalam 1 kompleks sukan yang besar tuu.. Ain dah siap awal lagi , dalam 1 jam sebelum tamat masa lagi .. then lebih masa tuu semak2 jawapan la takut2 tersalah kira tertambah angka tertolak jumlah ke kan =D
Elok Ain nak keluar then tetiba ketua pemeriksa tu cakap dah tak boleh keluar pegi mana2 dah sebab masa 15minit terakhir memang tak ada sesiapa dibenarkan keluar dari dewan ! So, I have to wait larh~~ hehe

For the second paper, PROBLEM SOLVING .. :'''(( Agak sedih dan me'tension'kan Ain !! Stress !!!!
Tahu tak, masa tak cukup ! Seriously, AIN menangis macam budak kecik then kawan depan Ain yang tolong tenangkan , memang la tersangat3 sedih and Ain tak mampu nak gambarkan kesedihan Ain ni ! Saat tu Ain memang perlukan kawan untuk meluahkan and share ape yang Ain rasa . Tapi kawan Ain tu dah semakin jauh dengan Ain , sebab ape Ain perlu dia ?? Sebab Ain boleh luahkan semua dengan dia and Ain tak segan pun dengan dia . Dia kawan yang baik , sanggup tunggu Ain kalau buat discuss sesama even petang tu terlajak tidur ! haha Tapi semua tu Ain ni macam 'bermimpi di siang hari' je la kalau nak dapat sekarang :'( Kalau bukak balik kisah pasal test second tuu memang air mata ni nak keluar lagi je .. Walaupun petang tadi dah menangis ! Makan pun Ain jadi tak lalu mandi tuu, basah la.. Hahaha !

Sem1 ni dah nak tamat, rasa rindu pulak nak tinggalkan sem ni =P tapi rasa seronok bila nak melangkah ke sem2 !! Excited and sudah sedia maklum akan ada banyak tugas,test,Kuiz,projek segala bagai yang akan mendatang.. So, time tuu memang kena prepare siap2 la kalau tak nak kesilapan sewaktu sem1 ni berulang kembali :P And before, Ain harap sem ni dapat cgpa yang memuaskan la walau carry mark tu rasa macam agak mustahil nak dapat apa yang diharapkan .. Tapi who knows.. That is not impossible if I get something with high marks and get great cgpa kan.. So, dah selesai 4 subjek ni tinggal 1 je lagi iaitu 'Architecture Computer and Organization' !! I will do the best among the best !! Sebab frust dengan p.s so Ain akan buktikan pulak dengan Arch. tu nanti . haha !

Tadi dapat mesej dari kawan sayang , Cik Az ! Katanya , dia akan cuti pada 20-25/1/12 nanti and time tuu Ain sedang menikmati saat2 indah cuti sem ! So , boleh la hangout !!!!! Waaaaaaa... Happy-nyaa !! Dengan dia memang terbaik la . Then , boleh la pegi berjalan tengok wayang ke ape ke... Memang heaven la time tuh ! Plan for cuti sem nanti memang bayak sehinggakan Ain tak tahu dapat manage semua dengan baik ataupun tidak :( Risau jugak ni .. Yelah nak pergi rumah abang lagi, rumah kakak lagi  .. Nak enjoy dengan kawan2 lagi.. Memang schedule Ain padat mengalahkan Perdana Menteri aoo.. !! =D And balik nanti sah2 berat badan naik sebab dapat makan macam2 !! Hihihi kat sini kena berjimat , bila balik rumah .. Paw duit family la pulak ! =P And balik ni jugak aku nak buat Spegetti , sandwich telur , belajar masak , belajar kereta , belajar jadi matang and bukan lagi macam budak2 tak cukup umur (But sometimes Ain akan jadi macam tu jugak , Maaf la kalau tak suka =P) belajar ape lagi ?? Hurm.. belajar je apa input yang dapat nanti .. sebab kalau plan banyak2 pun , tak pasti lagi benda tu buat ke tidak . Kerana apa? kerana kita merancang , Tuhan yang tentukan :) Right ? So, banyak bersabar and tawakal je >.<

So, Ain pun nak masuk tidur :) Hahaha ! Korang pun sekarang ni mesti sedang diulit mimpi indah kan.. Kalau mimpi tu best jangan bangun lagi dari tidur, teruskan ! haha Ain susah nak mimpi , so macam tak ada la story-morry pasal mimpi ni , tapi sejak belakangan ni, Ain ada termimpikan si Dia !! Tak tahu lah kenapa .. Mungkin banyak terfikir kot . Tapi nak kata Ain terfikirkan dia tak jugak sebab sekarang kan musim exam and Ain memang tak sempat la nak fikir semua2 hal berkenaan dengan benda2 semua tuh ! Apa2 pun mimpi semua tu mainan tidur semata2 so chill saja ok :)

Enough for today Esok ke bila2 kalau rajin Ain update lagi oke ? Sayang korang semua . Nasihat sikit , Ain harap kalau korang dekat2 nak exam or so whatever, Dekat2kanlah diri tu dengan tuhan and banyakkan berdoa . Sekarang ni pun Ain bertawakal je kapada Allah moga2 urusan Ain di sini berjalan dengan baik dan yang penting usaha kena ada oke ! Jangan nakal2 and bagi yang ada gf/bg tuu .. Bersabarlah sekejap, nak exam ke nak kantoi exam ?? Which one do you prefer ?? So, Tuhan bagi akal kat kita suruh kita berfikir and pandai2 la korang buat decision sendiri . Korang pun dah besar . Oke lah makin banyak pulak merapu >_< Salam and Love you from the bottom of my heart :)

No comments:

Post a Comment