Monday 1 September 2014

Kek Pisang In da Houzz

Hollaaa~~ Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D

Harini cik Ain nak share la sikit ilmu memasak yang tak seberapa kat korang2 yang beginner macam saya dalam hal masak-memasak nih..~ Bole la slow2 buat ye kawan2.. Or, ada sebarang pertambahan bole la komen kat bawah ye.. Kita sama2 share ilmu dan belajar. hihiks :)

Okay. Let's started !
Resipi harini ; Kek Pisang.

Bahan-bahan yang perlu ada:-

  1. Tepung gandum 1 1/2 cawan 
  2. Soda bikarbonat (satu sudu teh kecik)
  3. Baking powder (satu sudu teh kecik)
  4. Pisang emas - 6 biji (ikut jenis pisang jugak.. biasanya ambik la jenis pisang yang manis dan enak dimakan begitu sahaja okay.)
  5. Esen vanilla (1 sudu makan)
  6. Gula 1 cawan
  7. Telur 4 biji.
  8. Minyak masak 1cawan
  9. sedikit planta.

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder. Ayakkan bahan dan ketepikan.
  3. Masukkan pisang, esen vanila, gula, telur dan minyak masak di dalam blender dan blend sampai adunan menjadi putih gebu. (Lama sikit la blend tu nak bagi sebati.). bila dah siap, ketepikan dulu kejap.
  4. Lepastuh, sapu rata planta di sekitar loyang.
  5. Masukkan bahan yang sudah diblender tadi kedalam adunan tepung yang sudah diayak tadi dan gaul rata. (Pastikan tepung dan adunan sebati dan tepung tak berketul2 ye.)
  6. Dah siap gaul bahan, tuangkan bahan kedalam loyang yang sudah di gris dengan planta.
  7. Oven pun dah panas, then masukkan loyang yang sudah dimasukkan adunannya di dalam oven dan bakar selama 50 minit dalam suhu 180C.
  8. Bila cukup masa, angkat dan ready to serve.

**Blender boleh diganti dengan pemutar kek tu. So jangan konfius ye adik akak abang makcik pakcik. Saya guna blender sebab mudah dan tradisional sikit la kan sebab kat rumah takde pemutar kek.. haha Takpe, pemutar kek lagi senang kot. takyah nak gaul2 guna senduk dah adunan pisang dengan tepung kan....

Bagi yang guna pemutar, sini kaedahnya;

  • Masukkan telur,minyak dan gula, gaul sehingga kembang.
  • Kemudian, masukkan esen vanilla dan pisang ke dalam adunan tersebut.
  • Apabila adunan sudah kacau rata, masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit sehingga semua bahan sebati.
Haaa, lagii senang ! Kann.. so gunalah pemutar ye cik kak semua.. so selamat mencuba. Tak jadi jangan salahkan saya ya. hihi


Okay, gambar kat atas ni kek pisang saya buat ya. Nampak tak kecantikkan dan kesedapannya disitu. haha

Wednesday 22 January 2014

It's over.

Assalamualaikum and, err... hi !
Well said, apa khabar semua ? Lama tak dengar khabar.. Al-maklum la a bit busy nak uruskan hal intern sebelum ni.. so di entri kali ni just nak bagitau ain dah tamat my diploma in computer science. Syukur alhamdulillah..

Dengan berakhirnya hari terakhir training di TPM, maka tamatlah sudah pengajian diploma di universiti malaysia pahang. Semoga keputusan intern ni melayakkan diri untuk grad dan lepas untuk kemasukkan degree feb ini in shaa Allah :)

Terima kasih tak terhingga kepada sv industri dan sv ump sebab menjadi penilai diri ini sepanjang berlatihan industri. Thanks to my partner, sharvin, kak ela, aiman dan akak abam yang comel molek hensem bergaya di TPM. Memang sangat membantu lah dan korang baik sangat ! >.<

So dengan rasa tidak sabar terus balik ke kampung halaman di naka sebab dah rindu kat ayah dan adik. Dan buat sementara nak balik sp, so ain bekerja kejap dekat kedai kawan bapak di sekitar naka jugak.. Boleh la buat makan minum ain. hehek

Dan juga, menunggu untuk berkumpul bersama ahli keluarga di majlis pertunangan anak buah ain di changlun. Well anak kak long dan tua dari makciknya (ain).. hewhewhew pada 1 Feb ini in shaa Allah.. kebetulan dan buah majlis tu masa hari raya cina, so kakak kat johor turun padang laa ikut serta. hihik but my beloved sista tak dapat balik laa.. so mesti dia sedih. But nevermind, will make sure on the wedding day you have to come back (or masa tu nanti dah ada kat mesia.. kekeke).

Itu je kot. haha
Because of my passion in writing was so high but still dont get any idea what should I write more and more... so here I am. Hands off :)

Love,
Amila Aina

Thursday 2 January 2014

Resipi 1 : Kimbap

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Adik kakak abam makcik pakcik sekalian..
Haa, harinii Ain nak kongsi lah kan resepi masakan orang korea yang simple pimple iaituuu...

Treng treng teng tengggg~

" Kimbaplicious " ! Yet halal dimakan in shaa Allah. 

Siapa tak kenal kimbap tu ape ? Okay lah nak story sikit kimbap tu ape dan cemana ghupenye ...
Kimbap itu adalah snek paling tiptop kepopularannya sampai orang Malaysia (Me) sanggup buat sebab mudah, enak dan tak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Ahaa, bentuknya bulat comel-comel. Tapi boleh dipelbagaikan contohnya bentuk segi empat tepat, bentuk segi tiga dll yang difikirkan boleh. hehe..



Okay, figura diatas menunjukkan kimbap yang colourful dan menarik. Macam ni bentuk ala-ala segi tiga gitu. Tapi tak kesah bentuk nak buat macam mana janji menjadi. Okay, mesti semua tak sabar nak mencuba kan ?? hihiks

Kimbap halalan toiyiban

Bahan-bahannya :

  • Daun seaweed (Boleh didapati dipasaraya besar seperti di Giant, Aeon err memana lah, cari yang berperisa *lg sedap*, bentuk segi empat.)
  • Tikar buluh (Yang ni bukar tikar buluh karpet tu.. Tikar buluh yang kecil comel haa.. nak beli, g kedai tanya diorang nak cari tikar buluh nak buat kimbap.. Tahulah diorang.)
  • Beras pulut (sebabkan kita kat malaysia sukar nak jumpa beras korea or beras jepun, kalau ada lg bagus.)
  • Minyak bijan (kalau xde, guna minyak zaitun)
  • garam secukup rasa
Bahan inti :

  • Timun (potong panjang2, buang yang tengah)
  • Lobak merah (potong dadu panjang2)
  • Ketam stick (ikut suka banyak mana)
  • Telur dadar (telur digoreng dahulu, dan dipotong memanjang **nak tambah cili ke bawang ke masa goreng xkesah. kalau ada lg sedap :) )
Bahan sos :
  • Kicap lemak masin (tak ada pun xpe)

Cara membuatnya :
  1. Mula-mula kita basuh beras pulut tu dan sukatlah macam masak nasi biasa. Jangan banyak air nanti lembik. **kalau 1 pot beras, bersamaan dengan 1 1/2 pot air. Pastikan guna pot yang samalah ye. Kemudian, kita masak nasi yang dibasuh dalam rice cooker dan biar sampai masak.
  2. Bila pulut dah masak, kita tabur garam 1/4 sudu dan 1 sudu minyak bijan dalam pulut dan gaul rata. Buat masa pulut masih panas.
  3. Seterusnya, ambil seaweed sekeping dan hamparkan diatas tukar buluh. 
  4. Ratakan nasi atas seaweed (jangan penuh separuh pun dah okay)
  5. Lepas siap ratakan nasi pulut, susun bahan inti memanjang.
  6. Gulungkan tikar dan ketatkan / tekan smpai padat. **Jangan kuat sangat nanti pecah or terkeluar isi kat tepi2.
  7. Dah jd bentuk, sapu minyak bijan atas seaweed tu. 
  8. Potong dan sedia untuk dihidangkan bersama kicap lemak masin. 
Contoh figura dibawah -->



Nahh, faham lah gamaknya okay. Tak faham jugak boleh direct tanya ye :)
Sedia berkongsi ilmu. in shaa Allah.
Alhamdulillah.. harapnya yang ingin cuba buat menjadi untuk cubaan yang pertama ya ;)

Semoga jumpa lagi untuk resipi yang baru pula !

Assalamualaikum.