Monday 1 September 2014

Kek Pisang In da Houzz

Hollaaa~~ Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D

Harini cik Ain nak share la sikit ilmu memasak yang tak seberapa kat korang2 yang beginner macam saya dalam hal masak-memasak nih..~ Bole la slow2 buat ye kawan2.. Or, ada sebarang pertambahan bole la komen kat bawah ye.. Kita sama2 share ilmu dan belajar. hihiks :)

Okay. Let's started !
Resipi harini ; Kek Pisang.

Bahan-bahan yang perlu ada:-

  1. Tepung gandum 1 1/2 cawan 
  2. Soda bikarbonat (satu sudu teh kecik)
  3. Baking powder (satu sudu teh kecik)
  4. Pisang emas - 6 biji (ikut jenis pisang jugak.. biasanya ambik la jenis pisang yang manis dan enak dimakan begitu sahaja okay.)
  5. Esen vanilla (1 sudu makan)
  6. Gula 1 cawan
  7. Telur 4 biji.
  8. Minyak masak 1cawan
  9. sedikit planta.

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder. Ayakkan bahan dan ketepikan.
  3. Masukkan pisang, esen vanila, gula, telur dan minyak masak di dalam blender dan blend sampai adunan menjadi putih gebu. (Lama sikit la blend tu nak bagi sebati.). bila dah siap, ketepikan dulu kejap.
  4. Lepastuh, sapu rata planta di sekitar loyang.
  5. Masukkan bahan yang sudah diblender tadi kedalam adunan tepung yang sudah diayak tadi dan gaul rata. (Pastikan tepung dan adunan sebati dan tepung tak berketul2 ye.)
  6. Dah siap gaul bahan, tuangkan bahan kedalam loyang yang sudah di gris dengan planta.
  7. Oven pun dah panas, then masukkan loyang yang sudah dimasukkan adunannya di dalam oven dan bakar selama 50 minit dalam suhu 180C.
  8. Bila cukup masa, angkat dan ready to serve.

**Blender boleh diganti dengan pemutar kek tu. So jangan konfius ye adik akak abang makcik pakcik. Saya guna blender sebab mudah dan tradisional sikit la kan sebab kat rumah takde pemutar kek.. haha Takpe, pemutar kek lagi senang kot. takyah nak gaul2 guna senduk dah adunan pisang dengan tepung kan....

Bagi yang guna pemutar, sini kaedahnya;

  • Masukkan telur,minyak dan gula, gaul sehingga kembang.
  • Kemudian, masukkan esen vanilla dan pisang ke dalam adunan tersebut.
  • Apabila adunan sudah kacau rata, masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit sehingga semua bahan sebati.
Haaa, lagii senang ! Kann.. so gunalah pemutar ye cik kak semua.. so selamat mencuba. Tak jadi jangan salahkan saya ya. hihi


Okay, gambar kat atas ni kek pisang saya buat ya. Nampak tak kecantikkan dan kesedapannya disitu. haha

No comments:

Post a Comment