Tuesday, 30 October 2012

Indahnya Bumi Malaysiaku =)



Assalamualaikum w.b.t. .. dan selamat sejahtera semua .

            Masih tidak terlambat untuk Ain ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua pembaca belog Ain yang serba-serbi kekurangan. XD Balik ke kampung semua kurus, bila datang ke tempat belajar hah ! ambik kau, gemuk. ;D makan daging korban banyak sangatlah kot. hihi

               Macam Ain, tahun nii buat pertama kali beraya diperantauan. Chewah! Perjalanan yang mengambil masa selama 6jam.. Dan jalan yang boleh tahan jugak 'bagai ular kena palu'nya..memang terbaik.

Kalau korang nak tahu Ain raya di Kelantan negeri pantai timur yang terkenal dengan budu. Orang kelantan kebanyakkannya makan budu setiap hari okay. 1st time jugak ain tengok kan.. haa Jangan terkejut. hihi Bagi yang sesiapa nak kahwin dengan gadis @ jejaka dari kelantan,pastikan anda perlu belajar cara orang kelantan( cer belajar makan budu XD ). Makanannya, percakapannya gaya bahasanya.. Apa lagi.. ?? 
Dan orang kata, nii orang yang kata bukan Ain kata eh..=P

             Negeri Kelantan sangat meriah bila Raya Qurban. Memang tidak dinafikan pun. Sangat meriah beb. Aku nii sampai dah penat berjalan beraya di rumah sanak- saudara kawan aku nii ;)
Oleh kerana cuti yang singkat, aku tak sempat nak bershopping merata Kelantan. Hurmm, sedih . Barang kat sana murah-murah dengan orangnya yang peramah. hehe

         Dan apabila orang utara turun ke Kelantan memang ada masalah komunikasi. Jadi, bila aku nak kemana-mana harus bawa kawan aku sekali. Kalau tak memang diorang tak faham aku dan vice versa. ;D

          Seperti biasa,bila kalau dah balik beraya tuu memang tak sah lah kalau Negeri Kelantan tak 'jam' sepanjang perjalanan balik ke Pahang niihh.. Serius,panjang kereta yang beratur tu.. hurmm ibarat dari Kedah ke KL.. ! Anggaran jelah.. ntah betul ntah tidak.. XD Dan dalam kitaorang nak balik tu sempatlah kami singgah di Tasik Kenyir =) Best sangat bila tengok tasik yang bewarna hijau kebiru-biruan gituu.. dengan tenangnya. Angin sepoi-sepoi bahasa.. dibawah pokok yang rendang.. Perghh, indah sangat indah dengan apa yang ada di bumi Malaysia. Tak payah pergi luar negara pun..

           Adalah sorang makcik nii, sedang mempromosikan bot untuk perjalanan ke pulau-pulau kecil di Tasik tuu.. Boleh lah dapat diskaun sebab kami orang jauh mari.. hikhik btw, Ain tak naik bot pun, cuma ronda sekitar Tasik kenyir tuu jelah sebab takut tak sempat sampai ump lewat. 
Tapi sungguhlah, itulah pertama kali Ain pergi ke pusat rekreasi macam tuu XD #Lame siott. hikhik

        Tapi itulah, disebabkan jalan 'jam' perjalanan yang mengambil masa selama 6jam jadi 12jam. Sangat best dengan panasnya lagi dengan debu dan kemalangan lagi.. Hurmm, Alhamdulillah selamat tiba di ump tepat jam 8 malam. Dan sepanjang perjalanan kami langsung tak berhenti makan sebab sibuk nak lari dari kesesakan lalu lintas yang melampau tuu so, balik ump memang macam orang tak makan setahun. Sangat lapar beb.. T_T bila dah dapat makanan makan tak ingat orang lain. hehe
Dan, Blurppp.. Alhamdulillah.. =)

That's all, and this picture telling us the story too =)


 
<-- And above with her brother and sister.

Sempat makan Yes Yogurt ! At KB Mall =P



Did you see the lake colour ?? Awesome okay... Memang terpukau habisann. ! ;D


Eerr.. Model Kenyir Lake maybe. huhu

 
<-- Cousin kecik and cousin besau, he and myself.


Just like their daughter. Hehe Thanks for this memories with both of you. Ma and abah.


Abang dia, Ma, Abah dan Ina (shop). =P

Well, aku dan Ina memang suka bergambar, dan kalau nak masukkan semua gambar rasanya penuh blog aku dengan gambar gila2 kami.. kikiki




Last snapshot masa nak balik. Huhu..


          The moral of the story is that was the sweet memories ever that I have since I went to Kelantan for This Qurban Eid. Having fun and enjoy my life there with my friend's family. Thanks to her family because treated me like your daughter as well and I love to come again on my next trip/ semester break.



From : AmielSizukaEchizen @ 12/13


No comments:

Post a Comment