Saturday, 5 May 2012

Buat diri ini dan rakan2 ^__^

Assalamuailaikum w.b.t.
Syukur alhamdulillah dapat Ain coretkan sesuatu di blog Ain dengan sedikit pengamatan untuk diri sendiri dan juga kawan2 ..
Bukan nak hipokrit tapi Ain cuba sedaya upaya untuk jadi seorang khalifah Allah yang berjasa di muka bumi- Nya ..

Kakak Ain pernah perkenalkan dekat Ain sebuah video yang bertajuk 'Bidadari Dunia'. Dan Ain tertarik dengan surah Al-Hasyar ayat 21 - 24 yang dibacakan oleh Wardina dalam video tu sampai menangis !
Dan bila Ain baca ayat2 tersebut ternyata memang menyentuh jiwa kita.

Bismillahhirrahmanirrahim ...


Maksudnya : 

21 - Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (Ingatlah) misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya memikirkannya.

22 - Dialah Allah, Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.

23 - Dia lah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia; yang menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan keamanan; Yang Maha pengawal dan Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Maha melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24 - Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (Makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); BagiNyalah nama-nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanNya segala yang ada dilangit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, Lagi Maha Bijaksana.

Pengajaran daripada ayat tersebut :-

  • Al-Quran  merupakan kitab mukjizat yang tiada bandingnya agar manusia mahu berfikir.
  • Tiada yang layak bagi makhluk untuk menyekutukan Allah dengan yang lainnya.
  • Berdoalah serta memohon kepada Allah dengan nama-nama yang indah serta memuliakanNya (AsmaalHusna).
  • Penciptaan alam semesta merupakan tanda kebesaran serta keagungan Allah agar manusia tunduk dan patuh kepada-Nya.


Jelas disini yang Ain nak nyatakan bahawa Kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali . Mungkin sebilangan kecil dari kita semakin melupakanNya (MasyaAllah, nauzubillah min zalik) bila ditimpa kesusahan baru nak ingat, baru nak berdoa kann..


 Sebaiknya setiap apa yang kita buat semua memerlukan doa. Tak kiralah nak pergi masuk tandas sekalipun memerlukan doa yang spesifik . huhu

Ain mengaku, kadang2 ain pun seakan2 lupa Dia, tapi syukur Ain kembali kejalanNya sebelum terbabas lebih jauh . Semua orang pernah melakukan kesilapan kan :)

Ain juga bukan seorang qariah yang memang 24/7 dengan Al-Quran . But Ain cuba untuk membaca Al-Quran paling kurang 1 helai (depan belakang) Al-Quran tafsir yang Ain beli hari tuu =D

Dan Ain buat semua tu kerana Allah dan sesungguhnya Ain sangat3 seronok bila dapat beli Quran tafsir ( I know, Im a bit late bought that thing, huhu ) ..

Last from  me, we should not forgeting Allah because I f we do so, You will wait when Allah will forget you ever after .. Nak yang mana ?? Up to you .. Ain just can share a bit,but it worth if you all realize from now, and believe with what Allah promise before.

 And not too late if you try to change yourself (advised for myself too :)  ) .. So, Chill friends ! Love you because of Allah .



Nor Amila Aina Binti Abdul Manap _ 2012 

No comments:

Post a Comment