Monday, 7 May 2012

Sebenarnya, Semalam .............

Salam semua :)

Eerr.. sepatutnya semalam Ain ada post yang baru, tapi sebabkan oleh kawan Ain lapar sangat so Ain teman la dia pergi makan dekat kk4 .. Jauh, tapi roomate kan, kena la teman.

Asalnya, Ain pergi berdua dengan si Ros bila sampai je dekat sama terserempak pulak dengan kawan sekolah lama .. tak lain dan tak bukan .. Madnip lah .. Time tu pergi dating pulak dengan pengarang jantung hati dia, nak meja asing semua tempat didominasi oleh oang lelaki, so Ain mintak izin si kawan perempuan dia nak duduk semeja :D

Then dia pun kata okay, Ain stay sekalilah dengan diorang . Eeerrrrmmm ... dah lari nii, bukan yang ni Ain nak story mory dekat korang . =.=

The real story is I've went to forum title of ' Ku Pinang Kau dengan Bismillah ' .
Awesome kan tajuk nii !!! >_<

Sangat2 menarik bila sepasang suami isteri yang bagi forum ni penuh kesopanan dan kesusilaan .. Wahh !
Bukan ape, diorang ni sweet sangat ! Cinta diorang terhadap Pencipta, terhadap para nabi dan rasul serta cintanya mereka terhadap pasangan masing2 menguatkan lagi kasih sayang dan cinta antara diorang !! Betapa hebat cinta itu =D


Inilah pasangan yang ain rasa mereka ni sangatlah Sweet !!

Si suami (Dr.Farhan Hadi) dan beliau sendiri kakak (sebab beliau bahasakan dirinya 'kakak') Fatimah Syarha datang ke ump selepas solat maghrib then bagi talk .. 1st time dapat bersua muka Ain ni meremang bulu roma sebabnya ..... sebabnya tersangatlah cantik dan ayunya dan .. macam2 lagi yang ain tak boleh gambarkan dengan kata . Sungguh, ciptaan Tuhan itu sangat indah . Patut suaminya sayang.

Masa forum tu, si suami memuji2 Allah,para Nabi dan Rasul, serta .. Haaa .. puji isteri kesayangan ! Jeles habaq mai ! =D Beliau pun lakukan perkara yang sama, tengok suami lama2 .. kerna rasa rindu terhadap suami tu sentiasa ada. Indahnya bercinta selepas kahwin .

Tapi itulah, pasangan ini sangat bahagia dan Ain pernah baca buku hasil karya Fatimah Syarha ni .. best sangat dan InsyaAllah Ain nak kehidupan yang bahagia macam tu sebabnya, perkahwinan yang diberkati sangat aman dan kalau ada perselisihan pun InsyaAllah takkan lama.. =D (Gatal betul .. XD )

" Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki ynag keji adalah untuk perempuan yang keji. Manakala perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang dan mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia"

Surah An-Nur ayat 26 :-D


Nor Amila Aina Binti Abdul Manap_2012

No comments:

Post a Comment