Assalamualaikum kepada pembaca sekali.. and Hi pada yang bukan islam kursusnya :)
Well, harinii taknak banyak menulis. (konon) tapi hati teringin sangat nak update. so, here I am to give my idea about FRIENDSHIP.
Macam boring tapi dah lama sebenarnya pendam nak borak2 pasal 'friendship' punya subjek. Ramai yang ada kawan baik, kawan rapat, kawan karib, yang memang dah kenal lama. Keakraban yang terbina takde seorang pun boleh pisahkan. Sebaiknya kita berkawan macam ni la dengan semua orang. Trust is the behind of the friendship between you and your beloved friends. Dan jangan pernah kita lupa, kita berkawan kerana siapa ? kerana ALLAH. sebab tanpa Dia, kita mungkin tak kenal kawan kita yang sekarang ni. Yang ada waktu kita susah dan senang. Yang ada dengan kita,terima baik buruk kita. Yang mana dia dapat dengar semua masalah kita,dan bagi nasihat.
Korang berkawan sebab memang sesaja nak kawan ke atau niat dah terpesong jauh ? itu kena ambil serius. Niat. Dalam apa2 tindakan pun, kita kena mulakan dengan niat. Niat, aku kawan dengan mat/minah kerana Allah. Bila niat baik, In Shaa Allah perhubungan kekal sampai memasing dah berumahtangga esok lusa still persahabatan tuu kekal. Masya-Allah. Indah bukan ? =)
Term friendship (persahabatan)
Semua orang suka cakap "Friendship forever" .. n what so ever tulis kat buku biodata, tulis kat badge, tulis kat belakang gambar,buat jadi keychain. Tapi sama ke apa yang kita perkatakan selaras dengan tindakan kita ?? haha eventhough I also used that words. Tapi apa sebalik persahabatan tu ?? apa friendship punya maksud ?? apa n apa ? itu satu persoalan yang mungkin ramai kalangan kita tak ambil port. Including me before. so the truth is friendship is one of the greatest gifts ever bestowed upon mankind. While making friends may be easy, finding true and loyal friends who provide a lasting and fulfilling friendship is a much greater challenge.
Faham ?? meh nak translate via my knowledge yang tak seberapa ni :)
Hadiah yang paling berharga yang dikurniakan kepada kita sebagai manusia adalah persahabatan.
Memang kita ramai je kawan sana sini, tapi the choosen one yang betul2 setia dan sanggup terima segalanya tentang kita tuu susah sangat. Hanya yang betul-betul menghargai persahabatan tu sahaja yang tahu erti sebenar maksud dia. Adakah kita kawan yang setia ? adakah kita kawan yang betul2 menghargai setiap pertemuan kita dengan kawan kita? adakah kita betul2 terima kawan kita ? Tepuk dada tanya diri sendiri. Hanya kita tahu diri kita, apa yang terbuku dihati kita. soal diri,jangan persoalkan tentang orang lain. Jangan okay.
Tambahan, bila kita betul2 berkawan dengan kawan kita, in shaa Allah.. kita akan rasa tenang, selesa, tak sunyi sebab apa ? sebab kasih sayang itu ada. Kasih sayang antara dua sahabat itu kekal dan Allah kuatkan lagi kasih sayang bila kita ikhlas terima kawan kita. Tambah pulak bila 2sahabat saling ingat-mengingati tentang Kekuasaan Allah. Ingatkan diri supaya dekat dengan Allah. Pengaruh sahabat buat benda-benda baik. Buat benda benda positif. Indahnya.
Skop subjek ni sangat luas. Nak dicerita sepenuhnya memang tak, dan mungkin akan ada sambungannya. Sebarang idea atau tambahan dari idea korang sebagai pembaca boleh leave comment kat bawah. Ain terima kalau komen korang tuu bertentangan dengan apa yang ain tulis ni =) Nak kasi opinion, silakan. Tak best nyatakan. sebab ain manusia yang banyak membuat kesilapan dan kadang2 alpa dalam membuat tindakan dan cetek dalam ilmu pengetahuan.
Tapi tak salah kan kalau ain share benda yang normal bagi kita. Mungkin idea korang pasal ni lebih hebat dari ain, tapi in shaa Allah ain berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan ain yang kurang nii. Sebab yang baik dari Allah dan segala keburukan datang dari ain juga, Subhanallah =')
Sayangkan Ain ??
Terima kasih jika tersemat sayang itu, kerana ain sayangkan korang kerana Allah dan kita sahabat buat selamanya.
Ain sayangkan sahabat ain.
Kredit kpd : Mawaddah Hasliana,Nurul Amirah,Nur Azieta, Cik Az,Cik Dayah, Cik Wani, Cik Am, Cik Siti, Cik Linda, dan ramai lagi kawan perempuan yang lain. nak nyatakan memang tak habis =) . Cont. En.Syafiq, En.Firdaus, En.Judin, En.Fahmi, En.Amin, En,Panjang, dan lain-lain.
Thanks jadi sebahagian dari Ain, dan moga Allah merahmati persahabatan kita, in shaa Allah.
Salam :)

Thanks jadi sahabat en.Judin.[kalau betul itu refer pada aku] hehehe. Untung kepada sesiapa yang ada rakan karib.
ReplyDeleteIt's great being your friend, ukhti. Seronok kenal dgn ain. Wadah syg ain fillah :)
ReplyDelete