Monday, 30 December 2013

Cerita Dia. Cerita Kita. Kau dan Aku.

Kelakar bila kita sering impikan cerita hidup kita seperti drama yang ditonton di kaca tv.
Bila drama benar-benar berlaku, lantas apa pilihan kita apa tindakan kita.
Terkena pada diri sendiri. Terbeban pada hati dan nurani.
Skripnya sama tapi watak mungkin berbeza. 
Peranannya sama tapi situasi mungkin berbeza.

Cerita Dia.
Cerita Kita.
Kau dan Aku.
Tak ubah seperti dalam drama-drama di kaca televisyen.
Ya, drama. Di mana hanya watak utama shj yang fokuskan.
Terdiam. Kaku. Membisu. Kelu.
Kena dengan masa. Kena dengan perkara.
Ligat otak berfikir, benarkah apa yang kita cuba mempersembahkan.
Kini, drama yang pada permulaannya berakhir.
Mungkin masih berjalan, cuma samar-2 dalam kegelapan masa hadapan.
Mana tahu, masih dengan pendirian tetap dengan keputusan.
Masing-2 cuba untuk dapatkan.. Mungkin. Mungkin.

Dunia mempersembahkan segala.
Hikmah memakan masa.
Pertemuan dan takdir perpisahan ditangan-Nya.
Lari lah kita dan dia sejauh mana.
Pasti suatu hari nanti bertemu jua.

Cuma, disaat itu..
adakah kita, kau dan aku ditakuk yang lama
atau berbeza dari yang asal jalan ceritanya.
Kita dan dia menentukan segala, di mana hikmah tersembunyi seribu bahasa.
terdiam kelu tanpa bicara.

Kita. Dia. Kau. Aku.
Tiada siapa yang tahu apa rencana selepas ini.
Tapi satu. Aku masih dengan pendirianku.
Tetap teguh bersatu. Tetap.
Kerana Aku juga manusia biasa.
Hanya Dia yang tahu selanjutnya.
Cerita hati masing-2 yang punya berlainan rasa.
Mungkin sama. Mungkin.
Rasa yang mana tidak dapat diungkap dengan kata.
Rasa yang berbeza. Rasa yang sama. Dia lebih peka dengan segalanya.
Dan kepada Dia aku letakkan sepenuh pengharapan atas segala jawapan.

#Kisah benar mungkin.
#Kisah menceritakan pemainan duniawi.
#Kisah untuk melihat sejauh mana pegangan sanubari.
#Kisah untuk melihat siapa pemilik dan siapa memiliki.
#Kisah yang mungkin ada sambungannya ? Entah.
#Kisah yang mungkin berubah dipenhujungnya ? Entah.
#Kisah Dia. Kita. Kau dan Aku.

Sekian.

No comments:

Post a Comment