Thursday, 2 January 2014

Happy New Year ! :))

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua kaum di Malaysia mahupun di luar negara !! :D
Yeayyy, Alhamdulillah.. Dah masuk tahun baru. Tahun 2014.
Tahun baru dalam kalendar Masihi.
Apa sambutan korang masa ambang tepat 12 tengah malam ??
Mesti ramai berkumpul di dataran menunggu detik 12 kan ? hehe

So, as for me takyah nak susah-susah g turun dataran, sebab tengok dari balkoni rumah pun dah boleh nampak uolls. hehe Untung tak untung.. sebab rumah Ain tingkat 15 kott. haha Live gituuu..

Hm, sempena masuknya tahun baru (Okay, walaupun Ain lambat sehari nak ucap nyer punn.. ) moga kau orang yang membaca memaafkan segala kekhilafan diri ini. Terkasar bahasa terlanjur bicara terpukul kat mana-mana, terasa sati dengan sengaja. Ain mintak maaf kalau tahun lepas kau orang banya terasa dengan diri Ain yang penuh dosa ni. Kepada yang masih sakit hati dengan diri ini, maafkan saya. Insan biasa yang masih bercita-cita. Insan yang masih sayangkan diri sendiri. Insan yang takkan mungkin cuba musnahkan diri orang lain juga. Insan yang masih memerlukan keluarga disisi. Insan yang masih memerlukan sahabat tercinta. Insan yang masih tidak kenal erti cinta yang sebenar.
Semoga dengan keampunan kamu kamu semua, Ain jadi lebih baik untuk tahun ni In shaa Allah..

Let us be positive for this year okay ! :)
Jadi lebih matang untuk setiap perkara, setiap perancangan dan sdalam setiap tindakan.
Ayuh ! Kita maju.
Jangan toleh kebelakang. Jangan pernah cuba untuk berundur.
Ambil pengajaran dari kesilapan masa lalu.
Ambil nasihat yang baik-baik dari orang2 yang baik.
Tahun ini, perbanyakkan bermujahadah diri.
Tahun ini, kita cuba untuk belajar sesuatu yang baru.
Tahun ini, kaki melangkah ke alam kedewasaan.
Tahun ini, kita cuba jadi yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya.

Semoga dengan adanya Azam, kita dapat letakkan aras matlamat hidup dengan lebih tersusun dan follow the flow. In shaa Allah.. Merancang lebih baik dari tidak langsung. Tapi ingat, sehebat mana kita merancang.. perancangan Dia lagi maha hebat. Bila mana Dia berkata ' Kunfayakun..' Maka, jadilah.. jika tidak.. maka tidaklah.. The point is, sambil kita merancang moga kita mintak perancangan itu adalah diatas keredhaanNya. Bila dapat redha, in shaa Allah dipermudahkan.

Orite, tahun ni kita tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan let's be positive !

" Tahun baru, peningkatan umur bukan satu ukuran.. Tetapi yang pentingnya adalah sejauh mana amalan kita.. ? Apabila tiba masuk tahun baru, maka dekatlah sudah masa kematian kita. Bersediakah kita ? Tak usah kita, Ain sendiri masih terfikirkannya. Amalanku bagaimana ? Ibadahku bagaimana ? Mahukan syurga tapi masih meletakkan diri di neraka. Nauzubillah. Harapannya, moga tahun ini tahun hijrahku,in shaa Allah. "

Sejuta dalam satu, Ain susun sepuluh jari memohon keampunan dari kamu semua. Demi Allah ain sayang kamu semua :')

1 comment: